Monday, July 28, 2008

Lencana



Penerangan Logo


Merah

Semangat yang kental untuk belajar bagi mencapai kejayaan yang cemerlang


Putih


Kesucian dari segi mental dan fizikal serta suci dalam tutur kata


Hijau


SMKKB dikelilingi oleh dengan kawasan pertanian iaitu sawah padi yang menghijau dalam keadaan harmoni


Motto

" Muafakat Menuju Kecemerlangan "

Piagam Pelanggan

Kami warga SMKKB dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk :
  • Mengurus, mengendali dan memegang kerahsiaan maklumat dengan penuh amanah, tegas dan adil.
  • Melaksanakan tugas pengajaran yang berkesan bagi melahirkan pelajar berilmu, berakhlak mulia, berdisiplin, berketerampilan serta sihat dan cergas.
  • Memberi perkhidmatan profesional yang diamanahkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan penuh tanggungjawab, berkesan dan tepat pada masanya.
  • Memastikan semua aspek pengurusan sekolah dilaksanakan dengan berkesan berlandaskan falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan Pendidikan.
  • Menjana kesejahteraan pelajar, guru, kakitangan dan bekerjasama dengan masyarakat setempat demi kemajuan pendidikan.
  • Berusaha dengan penuh keinsafan untuk melahirkan generasi berkualiti bagi merealisasikan Wawasan 2020.
  • Sentiasa berusaha dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi dan kecenderungan akademik.

Objektif


OBJEKTIF


D
- Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berakhlak.

I - Melahirkan pelajar yang memiliki ilmu & mengamalkan budaya ilmu.

D - Melahirkan pelajar yang berdedikasi.

I - Melahirkan pelajar yang berinovatif.

K - Melahirkan pelajar yang berketerampilan.


TEMA

Pembudayaan ICT, Pengajaran dan Pembelajaran Berkualiti, Modal Insan Cemerlang


MATLAMAT

Melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan, patuh kepada Tuhan, taat kepada negara, memiliki sahsiah terpuji, berketerampilan dan berkemampuan memberi sumbangan kepada keluarga, agama, masyarakat dan negara.


FALSAFAH

Pendidikan di SMKKB adalah satu usaha untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mempercayai bahawa setiap pelajar mempunyai potensi untuk kecemerlangan jika mendapat peluang dan bimbingan yang berterusan.

Visi dan Misi


VISI


SMKKB Akan Menjadi Salah Sebuah Sekolah Cemerlang
Di Kedah Pada Tahun 2010


MISI

  • Mempertingkatkan kecekapan mengurus dengan berkesan dalam semua bidang.

  • Berusaha untuk meletakkan pencapaian kurikulum pada tahap cemerlang.

  • Menggalakkan penglibatan menyeluruh dan mencapai kejayaan cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.

  • Melahirkan pelajar yang berketerampilan, bersahsiah tinggi dan berakhlak mulia.

  • Membudayakan penggunaan ICT untuk membangun dan memantapkan pengurusan, pengajaran dan pembelajaran.

  • Menjadi sekolah Taman Ilmu yang kondusif , bersih, ceria, harmoni dan selamat.

  • Menjalin hubungan kerjasama dan permuafakatan dengan PPD, JPN, KPM, PIBG, ibu bapa, agensi luar dan masyarakat setempat.


Aktiviti Bulan Julai

  1. Hari Anugerah Cemerlang 2008
    22 Julai 2008 (Selasa)
  2. Ujian Bulanan 3 (Julai)
    27-29 Julai 2008
  3. Ceramah Israk & Mikraj
  4. Ceramah Motivasi PMR & SPM

Sunday, July 27, 2008

Hari Anugerah Cemerlang 2008


Hari Anugerah Cemerlang SMK Kepala Batas telah diadakan pada hari Selasa 22 Julai 2008. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Shahidan bin Abdul Rahman, Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman.

Ketibaan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah


Ucapan Naib Yang DiPertua PIBG SMK Kepala Batas

Ucapan Pengetua Kanan SMK Kepala Batas



Tetamu khas turut hadir menyerikan majlis.

Ibu bapa / waris dan para penerima hadiah


Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Pengarah