Friday, September 5, 2008

Hari Kemerdekaan Ke-51


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-51

RASIONAL LOGO


Rekabentuk logo ini diilhamkan dari 3 figura berpakat dan saling berganding bahu dan berpadu tenaga dalam menunju kejayaan ini melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 figura manusia digayakan bekerjasama dan bergandingan bahu adalah mewakili 3 kaum utama di Malaysia yang bersefahaman ini menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh ketiga-tiga kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan sistem beraja dan Yang di-Pertuan Agong dan juga bermaksud warna kegemilangan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Lagu 'Perpaduan Teras Kejayaan' Sempena Sambutan 51 Tahun Kemerdekaan

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani IkhlasDihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

CHORUS

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan

Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

LAGU CIPTAAN : PAK NGAH
LIRIK CIPTAAN : LOKGHA

Thursday, August 21, 2008

Aktiviti Bulan Ogos

  1. Hari Persekolahan Ganti Cuti Hari Raya Aidil Fitri
    Sabtu 9 Ogos 2008
  2. Ceramah Israk & Mikraj
  3. Ceramah Teknik Menjawab PMR & SPM
  4. Ceramah Motivasi PMR & SPM
  5. Kursus Pengajaran & Pembelajaran Berkualiti
    9 Ogos 2008
  6. Cuti Pertengahan Penggal II
    15-23 Ogos 2008 (9 hari)
  7. Peperiksaan Percubaan PMR
    24-26 Ogos 2008
  8. Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah
    28 Ogos 2008
    Perpaduan Teras Kejayaan

Friday, August 1, 2008

Organisasi

Pengetua Kanan
Encik Abdul Wahab bin Harun


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Rosidah binti Abd. Rahman


Penolong Kanan Kokurukulim
Encik Aziz bin Bakar


Ketua Jabatan Bahasa
Puan Noor 'Aini binti Hashim


Ketua Jabatan Sains
Puan Siti Aminah binti Hassan



Ketua Jabatan Kemanusiaan
Puan Rosliana binti Ahmad Ramli


Ketua Jabatan Teknik & Vokasional
Encik Onwi bin Haji Harun

Lagu Sekolah


Sekolah Menengah Kepala Batas
Semboyan suci kini megah berbunyi
Bergerak maju cita yang satu
Menuju ke mercu kejayaan

Kita tetap bersatu
Kita tetap berusaha
Mencapai cita-cita
Amanah tak akan kita persiakan
Demi nusa bangsa

Sekolah Menengah Kepala Batas
Wawasan murni kini megah menanti
Menabur bakti untuk pertiwi
Muafakat menuju kecemerlangan


Ciptaan dan lirik :

Encik Mohd Azni bin Mohd Asa'ad
Penolong Kanan Kokurikulum SMKKB
(Sempena 20 tahun usia SMKKB)


Pengenalan



Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas terletak di utara Negeri Kedah Darul Aman iaitu 10 km dari bandaraya Alor Star dan 6 km dari bandar Jitra. Sekolah ini terletak di penjuru daerah Kota Setar iaitu hampir ke sempadan daerah Kubang Pasu.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas yang diterajui oleh seorang Pengetua Kanan, mempunyai seramai 57 orang guru, 711 orang pelajar dan 17 orang staf bukan akademik.


Sejarah Sekolah



Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas ditubuhkan pada 1 Januari 1976. Penubuhannya bermula apabila terdapat kekurangan sekolah menengah di daerah Kubang Pasu terutamanya bagi pelajar-pelajar di sekitar Lengkuas, Bukit Pinang, Lepai dan juga Hutan Kampong.


Pada waktu itu, terdapat lebih kurang 300 orang pelajar menghadapi masalah untuk pergi ke sekolah menengah yang jauh dari tempat tinggal mereka. Pelajar-pelajar yang ingin masuk ke tingkatan satu terpaksa memilih sama ada Sekolah Menengah Tunku Abdul Malik, Alor Star yang jauhnya 16 km dari tempat mereka, atau pun Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra yang jaraknya hampir 13 km dari kediaman mereka. Sekolah-sekolah berkenaan juga mempunyai bilangan pelajar yang ramai dan tidak mampu menampung lebih ramai pelajar lagi.


Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kedah pada masa itu telah mengisytiharkan penubuhan sekolah ini pada tahun 1976, walaupun bangunannya masih belum ada. Hanya pada tahun 1978 tender dikeluarkan untuk membina sekolah ini di tapak yang ada sekarang. Walau bagaimanapun persetujuan telah dibuat dengan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, maka sekolah ini telah ditumpang di sekolah tersebut pada sesi persekolahan yang dijalankan pada waktu petang.


Pada tahun pertama sekolah ini ditubuhkan, Encik Noordin bin Dahaman telah dilantik sebagai Pengetua pengasas dengan jumlah pelajar seramai 245 orang. Pada awalnya hanya terdapat 6 kelas sahaja iaitu sebuah Tingkatan Peralihan dan lima kelas Tingkatan Satu aliran Sains Rumah Tangga / Sains Pertanian. Hanya terdapat 8 orang guru penolong (5 orang daripadanya guru sementara) tetapi kini setelah 30 tahun berlalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas mempunyai 57 orang guru, 711 orang pelajar dan 17 orang staf bukan akademik.


Kata Aluan

Selamat datang ke SMK Kepala Batas.


TEMA

Pembudayaan ICT, Pengajaran dan Pembelajaran Berkualiti, Modal Insan Cemerlang.



Blog SMKKB ini dibangunkan oleh Sarina mulai 27/7/2008