Monday, July 28, 2008

Piagam Pelanggan

Kami warga SMKKB dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk :
  • Mengurus, mengendali dan memegang kerahsiaan maklumat dengan penuh amanah, tegas dan adil.
  • Melaksanakan tugas pengajaran yang berkesan bagi melahirkan pelajar berilmu, berakhlak mulia, berdisiplin, berketerampilan serta sihat dan cergas.
  • Memberi perkhidmatan profesional yang diamanahkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan penuh tanggungjawab, berkesan dan tepat pada masanya.
  • Memastikan semua aspek pengurusan sekolah dilaksanakan dengan berkesan berlandaskan falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan Pendidikan.
  • Menjana kesejahteraan pelajar, guru, kakitangan dan bekerjasama dengan masyarakat setempat demi kemajuan pendidikan.
  • Berusaha dengan penuh keinsafan untuk melahirkan generasi berkualiti bagi merealisasikan Wawasan 2020.
  • Sentiasa berusaha dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi dan kecenderungan akademik.

No comments: