Friday, September 5, 2008

Hari Kemerdekaan Ke-51


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-51

RASIONAL LOGO


Rekabentuk logo ini diilhamkan dari 3 figura berpakat dan saling berganding bahu dan berpadu tenaga dalam menunju kejayaan ini melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 figura manusia digayakan bekerjasama dan bergandingan bahu adalah mewakili 3 kaum utama di Malaysia yang bersefahaman ini menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh ketiga-tiga kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan sistem beraja dan Yang di-Pertuan Agong dan juga bermaksud warna kegemilangan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Lagu 'Perpaduan Teras Kejayaan' Sempena Sambutan 51 Tahun Kemerdekaan

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani IkhlasDihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

CHORUS

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan

Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

LAGU CIPTAAN : PAK NGAH
LIRIK CIPTAAN : LOKGHA

1 comment:

Anonymous said...

teringat kalau sekolah buat sambutan hari kemerdekaan huhu best....